AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Saturday, March 7, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2015

TARIKH                      :           11 Februari 2015

HARI                           :           Rabu

MASA                          :           3.00 petang – 5.00 petang

TEMPAT                     :           SMA Hidayah Islamiah

GURU TERLIBAT       :           Semua Guru

PESERTA                    :           369 orang pelajar

KATEGORI                              :        1. Lelaki bawah 17 tahun
                                                            2. Lelaki bawah 15 tahun
                                                            3. Perempuan bawah 17 tahun
                                                            4. Perempuan bawah 15 tahun

KAEDAH PELAKSANAA/      :      Tempat Pertama - 10 mata
MODUS OPERANDI                       Tempat Kedua – 9 mata
                                                            Tempat Ketiga –  8 mata
                                                            Tempat Keempat  - 7 mata
                                                            Tempat Kelima –  6 mata
                                                            Tempat Keenam – 5 mata
                                                            Tempat Ketujuh – 4 mata
                                                            Tempat Kelapan – 3 mata
                                                            Tempat Kesembilan – 2 mata
                                                            Tempat Kesepuluh – 1 mata

Pelajar yang menamatkan larian dalam tempoh 10 minit selepas pemenang tempat kesepuluh diperolehi layak untuk mendapat 1 mata bonus.

LAPORAN BERGAMBAR

Merentas Desa merupakan satu acara tahunan di sekolah menengah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua pelajar.   Acara ini merupakan salah satu daripada latihan  daya tahan kardiovaskular mudah dan murah bagi memastikan tahap kesihatan setiap individu dalam yang baik.  

Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan guru.   Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMAHI dengan kerjasama warga sekolah termasuk Syarikat Keselamatan dan Kontraktor Kebersihan dan komuniti setempat.

Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Sukan Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini, acara merentas desa melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 manakala bagi pelajar Pra-Universiti ditugaskan sebagai pembantu urusetia/guru. Seramai 371 orang pelajar yang mewakili 4 buah rumah sukan(firqah) iaitu Firqah Saidina Umar RA (Biru), Firqah Abu Bakar RA (Ungu), Firqah Saidina Uthman RA (Hijau) dan Firqah Saidina Ali RA (Kuning) telah mengambil bahagian.

Aktiviti bermula jam 3.00 petang. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun pelajar-pelajar mengikut rumah sukan masing-masing. Majlis dimulakan dengan doa dan taklimat ringkas oleh Penolong Pengarah Program, Cikgu Edi Soffi bin Ramli.  Pelajar-pelajar perlu menghabiskan larian jarak sejauh 3.5 km bagi semua kategori.  Kemudian ketua kelas mengambil kehadiran ahli kelasnya dan terus memaklumkan kepada guru kelas. Pada jam 3.00 petang pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu mengiktu kategori.  Pelajar Putera berhimpun di padang sekolah untuk sesi senaman ringan/ pemanas badan yang diketuai oleh pembantu urusetia yang dilantik (pelajar Pra-U) manakalan pelajar Puteri di Dataran Sekolah.

Seterusnya, pada jam 3.30 petang, kategori lelaki bawah 15 tahun memulakan larian.  Tuan Pengetua iaitu Tn. Hj Mahir bin Mohamad diberi penghargaan untuk melepaskan larian tersebut.  Selang 3 minit, kategori lelaki bawah 17 tahun dilepaskan dan seterusnya kategori bawah 15 tahun perempuan dan bawah 18 tahun perempuan selang 3 minit. 

Lebih kurang jam 4.30 petang semua peserta larian dapat ditamatkan.  Jam 4.45 petang majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan di dalam Dewan Terbuka.  Ucapan perasmian penutupan Kejohanan Merentas Desa oleh Tuan Pengetua.  Pemenang tempat pertama hingga kesepuluh setiap kategori menerima medal dan sijil. 

Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Noor Azha bt Abd Rahim menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori 15 dan 17 tahun perempuan manakala Tuan Pengetua, Tuan Haji Mahir Mohamad menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori lelaki 15 dan 17 tahun.  Sebagai selingan, turut diadakan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta yang menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Peringkat Daerah Kubang Pasu Tahun 2015.


Setelah penyampaian medal dan sijil tersebut, Pengerusi Majlis, Cikgu Edi Soffi Ramli mengumumkan keputusan keseluruhan pungutan mata bagi setiap rumah.  Di

Tempat Pertama - Firqah Saidina Uthman RA (Hijau) dengan 94 mata,
Tempat Kedua - Firqah Saidina Abu Bakar RA (Ungu) dengan 52 mata
Tempat Ketiga – Firqah Saidina Ali RA (Kuning) berkongsi mata dengan
     Firqah  Saidina Umar RA (Biru) dengan 37 mata.


Aktiviti bersurai pada jam 5.30 petang.  Secara keseluruhan kejohanan kali ini berjalan lancar.  Walaupun kejohanan dalam keadaaan panas terik, namun tiada sebarang kemalangan serius yang berlaku kecuali seorang peserta perempuan yang pengsan ketika larian.  Tahniah diucapkan kepada Unit Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Kota Setar dapat menangani dalam situasi tersebut dengan segera.  Unit Kokurikulum mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.  Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang.  Insya Allah...
























Monday, February 2, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KUBANG PASU TAHUN 2015



Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kubang Pasu Tahun 2015 telah diadakan pada 31 Januari 2015 hari Sabtu bertempat di SK Guar Napai.  Seramai 8 orang pelajar dipilih untuk menyertai kejohanan kali ini iaitu 4 orang dalam kategori bawah 15 tahun lelaki dan 4 orang lagi dalam kategori bawah 17 tahun lelaki.  Seorang peserta kategori bawah 17 tahun iaitu Razin Izzan Abdul Fattah (Tingkatan 4) berjaya menduduki tempat ke-50.

PK Kokurikulum bersama guru pengiring dan peserta
Cikgu Kushaari Ismail dan Cikgu Edi Soffi Ramli bergambar bersama peserta sebelum acara bermula
Taklimat ringkas oleh urusetia
...1.....2.....pomm!!

MESYUARAT AGONG UNIT BADAN BERUNIFORM 2015

Mesyuarat Agong Unit Badan Beruniform Bagi Tahun 2015

Tarikh :  28 Januari 2015
Hari    :  Rabu
Masa   :  3.30 petang - 4.30 petang



Kadet Bomba dan Penyelamat




Kadet Remaja Sekolah(KRS)





Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)




Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)




Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)





PROGRAM CINTA RASULULLAH SAW




Program sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis 22 Januari 2015 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1436H bertempat di Dataran SMAHI.  Program ceramah bermula jam 8.00 pagi.  Penceramah Jemputan adalah Al Fadhil Ustaz Nazrul bin Nasir, bekas penceramah Masjid AL-Azhar, Mesir dan Penceramah Radio IKIM.  Program berakhir jam 9.30 pagi.

















SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH